SEJARAH SEKOLAH


1.       SEJARAH SEKOLAH

Penduduk – penduduk tempatan terdiri dari penduduk Kampung Bongkok, Kampung Batu 3, Kampung Batu Empat dan Kampung Batu 5 merupakan kampung berjiran telah merasai perlunya kawasan tersebut mempunyai sebuah sekolah rendah untuk anak-anak disekitarnya.
Sekolah rendah yang terdekat ialah Sekolah kebangsaan Gurun Pusat, terletak lebih kurang 7 km dari kampung berkenaan. Masalah pengangkutan anak-anak ke sekolah merupakan satu kesulitan kepda mereka sehinggakan ramai tercicir dan ponteng sekolah.
Penduduk-penduduk dari empat kampung tersebut memohon dibina sebuah sekolah rendah kepada Kerajaan Negeri dan Kementerian Pendidikan melalui Ahli Dewan Undangan Negeri bagi kawasan tersebut
Hasilnya, pada pertengahan tahun 1978, sebuah sekolah rendah telah didirikan di atas tanah ladang seluas tujuh ekar dan siap pada bulan Mei 1979. Ia dinamakan Sekolah Kebangsaan Batu Empat, mengandungi 1 blok 2 tingkat sebagai sekolah cawangan kepada Sekolah Kebangsaan Gurun Pusat.
Pada awal tahun 1980 murid-murid yang tinggal di sekitar sekolah berkenaan telah berpindah masuk dari Sekolah Kebangsaan Gurun Pusat.  Pada tahun 1983, sebuah bangunan tambahan dua tingkat dibina untuk keperluan semasa bagi menampung bilangan murid yang semakin bertambah. Dalam tempoh dua tahun, bilangan murid meningkat kepada 400 orang. Sehingga kini bilangan murid mencecah 800 orang.
Pada tahun 2003 bilangan murid sekali lagi bertambah secara mendadak kerana taman perumahan didirikan berhampiran sekolah.  Pengurusan sekolah telah memohon supaya persekolahan dilaksanakan 2 sessi disebabkan bilangan bilik darjah yang ada tidak mencukupi bagi menampung bilangan kelas yang sedia ada.
Pada tahun 2009, sebuah lagi bangunan tambahan 4 tingkat yang mengandungi 10 bilik darjah serta bilik-bilik khas didirikan.  Walau bagaimanapun persekolahan masih lagi dalam 2 sesi dan bilangan murid mencecah ke 950 orang.  Manakala bilangan guru juga telah bertambah menjadi 57 orang dan 4 orang staf sokongan.

No comments:

Post a Comment